20 cara buat roommate anda gila

1. Setiap hari Jumaat , pack segala barang anda dan bagi tahu kat roommate anda nak balik kampung . Selepas sejam , balik ke bilik dan terangkan bahawa takde orang kat rumah. Unpack segala barang anda dan pegi tidur.

2. Setiap kali roommate anda balik , jerit sekuat hati ” horee…kau dah balik ” . Lepas itu , menari dlm 5 m...init. Lepas itu , tenung jam lama - lama dan tanya dia  “ Sepatutnya kau dah blah dah sekarang ” .

3. Buat - buat terjaga pada tengah malam , jerit kuat - kuat ” Tolong ! kat mana aku berada ni ? ” dan lari keliling bilik tu . Kalau bilik kecil , cukuplah  sekadar melompat 2 - 3 kali . Kemudian , sambung tidur . Esoknya , kalau dia tanya , pura  - pura tak tahu apa yang dia cakap .
4. Ambil marker , buat bulatan kecil kat lengan anda . Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “ Dah merebak… dah merebak ! ”
5. Beli pepokok bonsai . Bercakap dan tidor dengan pokok tu setiap hari . Selepas seminggu , bertengkar dgn pokok tu dan cakap “ Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi ” sambil keluar dan menghempaskan pintu bilik dgn kuat… Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ .


6. Beli pisau banyak-banyak . Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “ Tak lama lagi… tak lama lagi… ”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa - apa atau cakap apa - apa . Lepas tu bangun secara tiba - tiba sambil berkata , “ Siot betul , kalah lagi ”

8. Setiap kali roommate balik , tutup lampu dan tidur. Lepas dia keluar , bangun dan menjerit dgn kuat “ Horee…! ”. bukak lampu semula .

9. Pakai topi kertas . Bila dia balik , cakap “Selamat Datang ke McDonald . Boleh saya ambil pesanan anda… ” Lepas tu buat muka bodoh , sambil berkata “ Eh , kau rupanya… ”



10. Kata kat roommate “ Ada pesanan penting untuk kau ” . Lepas tu buat -buat pengsan. Lepas 2 - 3 jam , bangun dan cakap yagn anda dah lupa  pesanan tu . Kemudian , cakap “ Eh… aku dah ingat ” . Lepas tu pengsan balik .


11. Bila roommate anda balik , berpura - pura tengah telefon . Caci maki dan  menjerit dengan kuat kat telefon tu . Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia . Cakap mak dia akan telefon balik .

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki , perhatikan sampai habis . Lepas dia habis , cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul .

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai / rumah kedai berdekatan rumah / kampus . Dalam risalah tu , nyatakan bahawa roommate anda hilang . Letak sekali gambar dia dalam risalah tu . Tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai roommate anda .



14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam , nyanyi lagu opera sekuat hati . Bila dia buka balik lampu , buat - buat muka bodoh dan confused .

15. Duduk and renung roommate dlm 2 - 3 jam. Kalau boleh , bawa member - member sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang .

16. Masa roommate tiada , ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik . Bila dia balik , puji bahawa bilik berbau wangi . Lakukan selalu sampai  deodoran tu habis .


17. Kalau roommate ada binatang peliharaan , seperti kucing , offer untuk beri makan  kepada binatang tersebut. Cepat - cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau .


18. Pegang & gosok - gosok rambut roommate anda sambil berkata “ Rambut kau hitam , lurus dan berkilat la… Macam teknik rebonding… ” . Sekali - sekala buat masa dia tengah tidur .

19. Mase roommate tidur , bungkus dia macam kafan mayat ( siap ikat ) , pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai - ramai . bile roomate jage pakat - pakat buat tak nampak ape - ape .

20. Sebelum roommate balik dari kelas , bungkus diri sendiri macam kafan ( siap ikat jugak ) pastu baring senyap - senyap atas katil dia . Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok - tengok ada mayat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan